Friday, February 13, 2009

Beraja Dimata Bersultan Dihati

"Bagindalah yang digelarkan setan aminulrasyid", "bukan setanlah syaitan,sultan!" Begitulah antara petikan dalam filem 'seniman bujang lapok' arahan tan sri P.Ramlee..Kekelakaran yang ditampilkan amat bermakna dan nyata sekali apabila dilihat kejadian pada masa kini.Setiap scene yang terdapat didalam filem beliau seperti ingin menyindir keadaan sekeliling pada masa itu dan juga pada masa akan datang seperti sekarang.Tajam sungguh pemikiran Tan Sri P.Ramlee.

Derhaka pada sultan atau raja adalah isu yang cukup hangat diperkatakan sekarang.Bermula dari isu politik dan kini beralih keisu ketuanan.Rakyat masing-masing berfikiran pro dan kontra dalam hal begini.Untuk disatu pihak,segala ruang digunakan untuk menyatakan sokongan dan dokongan kepada sistem beraja ini.Jangan sekali-kali mengganggu gugat kedaulatan dipihak istana.Ketuanan ini juga sudah tertulis didalam rukun negara "ketaatan kepada Raja dan Negara".Ini bermakna ketaatan itu adalah mutlak dan tidak boleh dicabar dimana-mana didunia melayu Malaysia ini dan akibat ketidaktaatan itu adalah berat hukumannya.

Kisah pertembungan istana dan kerajaan dipilih ini bemula di negeri berlogokan seladang.Sebuah kerajaan yang dipilih dan berfungsi selama hampir setahun itu ranap digoncang lanun.Masing-masing menyatakn itu dan inilah berkenaan kerajaan Seladang yang masih diperingkat bertatih lagi

Wednesday, February 11, 2009

Melayu:Dunianya terlalu kecil

Salam perjuangan untuk hati-hati yang bernyala,

Bangsa adalah satu nikmat yang Allah beri kepada hambanya didunia ini.DAri terbit matahari hinggalah terbenam matahari adalah diberitakan terdapat hampir 1000 jenis bangsa dan kaum yang ada didunia ini.Walaupun kita datang dari perut yang satu iaitu Adam dan HAwa akan tetapi Allah sengaja mencipta berbagai2 jenis bangsa dan kaum ini agar kita berfikir kenapakah ini berlaku dan apa natijahnya Allah jadikan kita berpuak2 sebegini.

Apabila kedatangan Mohamad SAW ketanah arab,puak2 yang ada ini cukup tegang leher diantara mereka.PAntang ada pergeseran sikit pasti satu keturunan akan menjadi mangsa serakah mereka.Begitulah hebatnya ketegangan puak dan kaum pada zaman terebut.Tetapi Allah sengaja menjadikan perkara tersebut berlaku dan kita pun akhirnya mengetahui bahwa kerana itulah NAbi SAW diturunkan melalui perut Siti Aminah yang mulia.Tanpa mengira siapa kita,seruan nabi tetap diteruskan baik hamba mahupun pembesar negara.TAnpa mengira rintangan dan ancaman yang dihadapi,Rasullulah tetap teguh menyiarkan syiar Islam dimuka bumi ini.Andai kitalah diberi tugas tersebut tanpa sebarang imbuhan pasti berkuburlah seruan tersebut.

Kita lihat MAdinah merupakan negara pertama didunia yang mempunyai dokumen2 bertulis berkenaan pemerintahan dan perjanjian.Para mulimim dan muslimat serta kafirin mendapat hak mereka masing2 dengan RAsulullah sebagai ketuanya.Kita lihat Rasulullah yang dijanjikan syurga oleh Allah pun harus mengharungi kehidupan seharian seperti manusia lain.Tak ada langsung magik dan kuasa aneh yang Allah beri kepadanya.Semuanya seperti kita hidup ketika ini.Akan tetapi tugas yang Allah beri kepadanya melangkaui batas masa dan paras rupa.Itulah islam untuk manusia dari mula hinggalah keakhirat nanti.

Semakin lama kita dari zaman Rasulullah,semakin sempit pula perjuangan kita.Bermula untuk semua manusia tetapi kini berjuang atas nama bangsa pula.Pelbagai teori dicipta untuk menyelamatkan bangsanya,dan akhirnya melayu cuba untuk diperkasa ditanah air sendiri.Perjuangan adalah dari melayu dan untuk melayu serta setiap hari bercerita tentang melayu.Pada awal perjuangan kelihatan itulah yang kita harapkan dari mereka yang berjuang.Segala macam ketakutan dicanangkan kepada melayu dari melayu tersebut.Itulah dan inilah yang dicerita kepada melayu agar mereka sentiasa takut dan fikirkan demi kelangsungan hidup generasi melayu ditanah melayu.

Setelah hampir 52 tahun berjuangan atas nama melayu,kaum yang dikatakan melayu itu semakin LAYU.Perbagai permasalahan muncul dikalangan melayu.Semakin maju pejuang melayu itu semakin keterbelakang pula pengikut2nya.Hairan juga bila kepala keretaapi bergerak tanpa gerabak dibelakang dibawa bersama.Masalah politik,ekonomi dan juga sosial semua terjadi pada kaum melayu ini.Yang merempat melayu,yang mengumpat melayu,yang hebat juga melayu dan yang hidup tidak bersifat pun juga melayu.Mana pejuang melayu yang handal selama ini.Adakah mereka tahu masalah melayu ataupun buat tak tahu.

Disebabkan perjuangan atas nama melayu dan melayu itu semakin LAYU,maka diberitakan bahawa melayu itu layu disebabkan TONGKAT.Melayu ini lemah kerana hanya hidup bertemankan tongkat.Segalanya tongkat malah ingin berkahwin pun perlu bertongkat.Jika tiada tongkat maka susahlah melayu ini.Pemimpin melayu yang mengutarakan tentang masalah tongkat ini sudah tidak berkuasa.Pernahkah kita terfikir bahawa pemimpin yang dinobatkan itu juga melalui khidmat tongkat juga.Tanpa tongkat sidiapun tidak akan dapat merasai dunia kuasa tersebut.

Kenapa tongkat disalahkan pula?
Pejuang2 melayu itu telah mengaburi pandangan melayu itu.Orang melayu harus dapat itu dan ini ditanah melayu atas dasar tanah melayu adalah milik melayu.Tanpa melayu orang lain pasti tidak merasai tanah milik melayu ini.Apabila keadaan yang diperjuangkan itu tidak kelihatan sehingga kini,maka tongkat perlu disalahkan demi kelangsungan perjuangan melayu.Ketika melayu diperjuangkan sehebatnya,Goh Tong sudah menarah gunung.Boon Siew sudah laju dijalan raya dan Krisnan sudah menguasai langit.Mana wajah melayu yang diperjuangkan selama ini.Adakah ASB itu makhluk berhati melayu,adakah Keretapi Tanah Melayu itu tulangnya melayu atau adakah Baju Melayu itu dijahit oleh melayu.

Wahai makhluk bernama melayu,bukalah minda dan terokailah dunia ini.Dunia ini luas dan lebih luas dari dunia melayu.Nama melayu adalah rekaan orang2 terdahulu untuk membezakan antara manusia dengan haiwan sahaja.Tidak langsung mereka membezakan antara abang Najib dengan tok batin itu mana yang lebih melayunya.Ketahuilah bahawa bangsa yang dikatakan melayu itu amat maju didunia bukan melayu.Orang melayu di Afrika adalah orang yang dikatakan cukup kaya disana.Melayu diNew Zealand adalah bangsa yang disegani.Mereka tidak dicanangkan dengan kuasa melayu.Malah mereka hidup dengan jaya dinegeri bukan melayu.

Marilah melayu kita berjuang atas nama Allah.Janganlah takut melayu hilang kuasa tetapi takutlah Allah hilang didada.Apalah sangat nikmat dunia ini berbanding nikmat disana.Kuasa melayu itu bukanlah sangat untuk kita tetapi untuk mereka yang berjuang kononnya untuk melayu.Jika kita masih berfikiran melayu seperti dilaungkan pejuang melayu,ketahuilah bahawa dunia melayu ini terlalu kecil dan terlalu sempit.Tiada apa yang boleh dibuat dengan dunia melayu ini.Hanya berebut tanah yang luas sekangkang kera sahaja.

Berfikiran seperti Rasulullah adalah cara sepatutnya kita gunakan.Baginda tidak memperjuangkan kaum quraish sedikit pun malah demi manusia didunia ini.Bila ini yang rasulullah fikirkan,bukan sahaja mekah dapat dikuasai malah dunia diChina sehinggalah dunia diAmerika merasai nikmatnya Allah didada.Oleh itu janganlah terlalu bangga dengan melayu tetapi bersyukurlah Allah ada bersama kita.Janganlah kita mati atas nama melayu tetapi biarlah mati atas landasan Allah.

Yang baik itu Allah dan yang buruk itu saya.

Demokrasi dan kesannya kepada kita

Salam ukhwah untuk semua pejuang-pejuang kebenaran.

begitulah lumrahnya manusia dalam mana diciptakan didunia ini.Yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. walauapapun fikiran dan ideologi yg manusia ciptakan pasti 9 nya adalah nafsu dan 1 sahaja akalnya.. bila mana demokrasi diciptakan semua memandangnya adalah terbaik utk umat manusia.Segala permasalahan hanya dapat diselesaikan melalui doktrin yg tercipta berlandaskan 9 nafsu 1 akal tadi.

Kita melihat bahawa demokrasi sperti cukup baik yang pernah dihasilkan oleh akal manusia..Ianya seperti satu kebetulan ada persamaan dgn ajaran islam.akan tetapi adakah pernah kita terpikir bahawa demokrasilah sebnarnya yang akan menghancurkan islam secara total dgn pergerakkan sedikit demi sedikit.Asasnya demokrasi adalah bersandarkan majoriti.Setiap majoriti adalah mandatori.Kelihatan spt cukup sifatnya apabila majoriti mntadbir..bila mana kita halusi lebih dalam lagi,setiap jiwa yg terlibat dlm menentukan majoriti itu jika tidak ada Allah dalam jiwanya pasti khinzir boleh dibuat korban..Kita lihat bahawa dengan keadaan berdemokrasi yang ada sekarang,undang2 Allah tidak dapat dilaksanakan hatta parti yang bertunjangkan islam pun tidak mampu utk melaksanakan hukum tersebut disebabkan tangan2 demokrasi yang menghalangnya.

Inilah hebatnya demokrasi bila jiwa yang diangkat telah dilatih hampir 500 tahun utk menyembah tuhan doktrin yang diciptakan 0leh makhluk.Segalanya adalah berdasarkan jumlah tangan yang diangkat bukan akal dan iman yang dinobat.

Jiwa2 yang mengisi dan berlakon dalam pentas demokrasi hanyalah jasad ternampak.Hatinya adalah nafsu semata-mata. Jika sekiranya yang merompak itu ditangkap,kita hukum dia dgn penjara ataupun kita denda dgn sejumlah wang utk mengajar sidia erti hukuman.Maka dgn akal fikiran yang ada bahawa agak gerun kita menghadapinya sekiranya kita tertangkap dgn perlakuan sebegitu.Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa hukuman didenda itu sebenarnya tidak sama sakitnya antara kita dgn org lain.Sekiranya kita didenda dgn rm1000 atas kesalahan tertentu pastinya kita merasai bebanya,tp apakah org yg berpndapatan rm100,000 sebulan akan merasai sakitnya jika dia pun melakukan kesalahan yang sama? atas rasional apakah jumlah itu dicipta utk kesalahan tertentu? Siapakah yang mncipta undang2 tersebut? Pastinya undang2 itu dicipta oleh tangan2 demokrasi tersebut..Tangan2 demokrasi itu tidak akan mencipta hukuman yang akan menyusahkan dirinya sendiri.Biar org marhain sahaja yang merasainya tanpa belas kasihan...

Wahai saudara sekelian,kita sekarang ini sedang melihat bagaimana keturunan kita dibasuh hampir setiap hari dgn perbagai jenis kelekaan diatas muka bumi ini.Semua kelekaan tersebut diciptakan atas nama demokrasi dan hak asasi.Iman kini tidak lagi bertunjangkan Allah ttapi berdasarkan tangan2 demokrasi.Semakin ramai perosak2 didalamnya maka semakin keringlah iman didada kita..Dengan hanya beribu keping wang kertas ditaburi,habis sehayat maruah dimakamkan.Jika perjuangan atas landasan kecewa,maka kecewalah yang akan dilandaskan oleh Allah pada makhluknya.


Maka utk itu marilah kita anggapkan apa yang terjadi dibawah payung Sultan Raja Kapoor itu adalah sebahagian dari plot 'wa makaru wama karAllah,wallah hu khairul maakirin' yang mana hujung episod itu hanya Allah yang maha mengetahui.

Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu saya.