Wednesday, February 11, 2009

Demokrasi dan kesannya kepada kita

Salam ukhwah untuk semua pejuang-pejuang kebenaran.

begitulah lumrahnya manusia dalam mana diciptakan didunia ini.Yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. walauapapun fikiran dan ideologi yg manusia ciptakan pasti 9 nya adalah nafsu dan 1 sahaja akalnya.. bila mana demokrasi diciptakan semua memandangnya adalah terbaik utk umat manusia.Segala permasalahan hanya dapat diselesaikan melalui doktrin yg tercipta berlandaskan 9 nafsu 1 akal tadi.

Kita melihat bahawa demokrasi sperti cukup baik yang pernah dihasilkan oleh akal manusia..Ianya seperti satu kebetulan ada persamaan dgn ajaran islam.akan tetapi adakah pernah kita terpikir bahawa demokrasilah sebnarnya yang akan menghancurkan islam secara total dgn pergerakkan sedikit demi sedikit.Asasnya demokrasi adalah bersandarkan majoriti.Setiap majoriti adalah mandatori.Kelihatan spt cukup sifatnya apabila majoriti mntadbir..bila mana kita halusi lebih dalam lagi,setiap jiwa yg terlibat dlm menentukan majoriti itu jika tidak ada Allah dalam jiwanya pasti khinzir boleh dibuat korban..Kita lihat bahawa dengan keadaan berdemokrasi yang ada sekarang,undang2 Allah tidak dapat dilaksanakan hatta parti yang bertunjangkan islam pun tidak mampu utk melaksanakan hukum tersebut disebabkan tangan2 demokrasi yang menghalangnya.

Inilah hebatnya demokrasi bila jiwa yang diangkat telah dilatih hampir 500 tahun utk menyembah tuhan doktrin yang diciptakan 0leh makhluk.Segalanya adalah berdasarkan jumlah tangan yang diangkat bukan akal dan iman yang dinobat.

Jiwa2 yang mengisi dan berlakon dalam pentas demokrasi hanyalah jasad ternampak.Hatinya adalah nafsu semata-mata. Jika sekiranya yang merompak itu ditangkap,kita hukum dia dgn penjara ataupun kita denda dgn sejumlah wang utk mengajar sidia erti hukuman.Maka dgn akal fikiran yang ada bahawa agak gerun kita menghadapinya sekiranya kita tertangkap dgn perlakuan sebegitu.Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa hukuman didenda itu sebenarnya tidak sama sakitnya antara kita dgn org lain.Sekiranya kita didenda dgn rm1000 atas kesalahan tertentu pastinya kita merasai bebanya,tp apakah org yg berpndapatan rm100,000 sebulan akan merasai sakitnya jika dia pun melakukan kesalahan yang sama? atas rasional apakah jumlah itu dicipta utk kesalahan tertentu? Siapakah yang mncipta undang2 tersebut? Pastinya undang2 itu dicipta oleh tangan2 demokrasi tersebut..Tangan2 demokrasi itu tidak akan mencipta hukuman yang akan menyusahkan dirinya sendiri.Biar org marhain sahaja yang merasainya tanpa belas kasihan...

Wahai saudara sekelian,kita sekarang ini sedang melihat bagaimana keturunan kita dibasuh hampir setiap hari dgn perbagai jenis kelekaan diatas muka bumi ini.Semua kelekaan tersebut diciptakan atas nama demokrasi dan hak asasi.Iman kini tidak lagi bertunjangkan Allah ttapi berdasarkan tangan2 demokrasi.Semakin ramai perosak2 didalamnya maka semakin keringlah iman didada kita..Dengan hanya beribu keping wang kertas ditaburi,habis sehayat maruah dimakamkan.Jika perjuangan atas landasan kecewa,maka kecewalah yang akan dilandaskan oleh Allah pada makhluknya.


Maka utk itu marilah kita anggapkan apa yang terjadi dibawah payung Sultan Raja Kapoor itu adalah sebahagian dari plot 'wa makaru wama karAllah,wallah hu khairul maakirin' yang mana hujung episod itu hanya Allah yang maha mengetahui.

Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu saya.

No comments:

Post a Comment